Rabu, 28 Oktober 2009

Jumaat, 2 Oktober 2009

GEMPA BUMI - UJIAN ALLAH

Bermula dengan taufan Ketsana di Vietnam dan Filipina, kemudian tsunami di Samoa dan diikuti dengan gempa bumi dahsyat di bumi Padang, Indonesia, ujian Allah datang bertubi2 dengan KekuasaanNya yang tiada daya untuk kita manusia kerdil ini menahan diri. Kita yang tidak ditimpa malapetaka dan ujian getir ini secara terus tidaklah hanya boleh mengambil sikap tidak acuh dan tidak ambil "ikhtibar" dengan apa yang berlaku. Apatah lagi ujian dan kejadian ini berlaku selepas beberapa minggu sahaja kita semua telah menjalani latihan pembersihan jiwa semasa Ramadhan.

Dari tangisan jerit perih mangsa gempa bumi di Padang, berita 2 Okt 2009 melaporkan 770 nyawa maut, 294 jiwa lagi sedang bergelut parah dan hampir 500 bangunan runtuh ranap ke bumi. Seramai 500 pelajar Malaysia telah di bawa pulang dengan pengankutan tentera udara.

Kita yang bernasib baik dan sedang menikmati kurniaan keamanan dan kesihatan di sini, sebagai TANDA KESYUKURAN akan apa yang dikurnikanNYA, marilah hulurkan bantuan, setakat mampu, jika tidak dengan wang ringgit dan penglibatan secara fizikal, marilah kita hadiahkan doa, al-Fatihah, doa keampunan kepada jiwa-jiwa yang telah pergi bersama dengan redanya taufan dan gempa tersebut.