Sabtu, 2 Mei 2015

SELAMAT HARI PEKERJA 2015

Saban tahun 1 Mei diraikan di seluruh dunia bagi menghargai khidmat dan bakti setiap pekerja formal dan tidak formal di setiap peringkat.Warga pekerja bersama berusaha dan bertanggungjawab menyumbang ke arah pencapaian ekonomi yang lebih baik untuk negara.

Rabu, 23 Mac 2011

KEINSAFAN

Sedih bila melihat video dan gambar2 tragedi tsunami yang melanda Jepun... Setiap kali berlakunya bencana alam terutamanya tsunami, perkara pertama terdetik dalam hati ini "Betapa besarnya kuasa Allah.. Allahu Akbar!!! Subhan'Allah...." Tak terbayang betapa dahsyatnya hari kiamat nanti... Moga kita semua tergolong dalam golongan yang dilindung-Nya.. Insya Allah....

Isnin, 14 Februari 2011

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU KELAS

Bidang Tugas:
1. Merekod dan mengemaskini butiran peribadi pelajar ke dalam buku jadual kedatangan, buku rekod mengajar, kad 001, kad 002 dan buku kemasukan sekolah.
2. Buku jadual kedatangan para pelajar hendaklah ditanda pada waktu yang pertama pada setiap hari belajar.
3. Memastikan pelajar membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau surat doktor sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri di sekolah.
4. Bagi pelajar yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut dengan tiada memberi penjelasan dan sebab yang munasabah, guru darjah hendaklah mengirimkan surat amaran ponteng sekolah kepada penjaganya dengan satu salinan ke pejabat sekolah.
5. Sekiranya pelajar tidak hadir selama sebulan, namanya dikeluarkan dari buku jadual kedatangan. Kes-kes ini hendaklah dirujukkan kepada PK HEM terlebih dahulu.
6. Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua darjah mengikut suara ramai dalam kelas, membuat giliran bertugas, giliran kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, kerusi meja berada dalam keadaan teratur dan menguruskan pertukaran pelajar.
7. Memungut yuran-yuran khas, yuran peperiksaan, sukan dan permainan dan mengeluarkan resit kepada pelajar dan merekodkannya ke dalam buku jadual kedatangan dan buku yuran.
8. Menyerahkan kira-kira pungutan yuran pada masa yang ditetapkan pihak sekolah.
9. Menguruskan pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks kepada pelajar dan memungut buku daripada pelajar yang hendak bertukar ke sekolah lain.
10. Membantu Guru Besar/Pengetua dalam pengurusan biasiswa, mengirim surat-surat jemputan kepada ibu bapa, sijil berhenti sekolah dan surat akuan.
11. Mengisi butiran semua ujian dengan lengkap untuk dikaji dan dianalisis.
12. Mengambil, menyalin dan menyemak jadual waktu kelas masing-masing dan memberitahu pelajar.
13. Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar dalam kelasnya dan menanam semangat rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan kesedaran sivik.
14. Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada guru PK HEM seperti ketidakhadiran, ponteng yang berulang, kesulitan memungut yuran dan masalah disiplin lain.
15. Merekodkan butiran peribadi yang lengkap mengenai kemasukan pelajar baru dan mereka yang berhenti dalam Jadual Kedatangan, Buku Rekod Mengajar dan Buku Daftar Kemasukan Pelajar.
16. Bagi kelas-kelas peperiksaan adalah penting baginya untuk mengisi borang masuk peperiksaan. Mereka juga perlu memungut yuran peperiksaan dan membantu menyusun kerusi meja.
17. Mengisi butiran kemajuan akademik pelajar ke dalam Buku Kemajuan di samping menyediakan tabung markah atau mark sheet.
18. Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan kelasnya.
19. Menyediakan senarai tugas bagi pelajar dalam kelasnya untuk tugas pembersihan kelas pada tiap-tiap hari persekolahan.
20. Berada di samping pelajarnya semasa pelajar beratur di kaki lima kelas dan pada masa perhimpunan hari biasa.
21. Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan makalah-makalah, maklumat dan berita-berita yang positif, membina dan terkini.
Dalam tiap-tiap peperiksaan sekolah, guru mata pelajaran harus memberi markah kepada guru-guru kelas untuk meringankan beban tugas guru.

Isnin, 6 Disember 2010

RENUNGAN DOA AKHIR&AWAL MUHARRAM 1432H

Bukankah perasaan dan keinginan ini pernah aku alami tahun lalu, Tapi mengapa terulang dan selalu terulang lagi tanpa ada yang tercapai dengan sempurna. Mengapa kesalahan demi kesalahan terus terulang. kesalahan terhadap Allah. kesalahan kepada orang tua, anak, isteri, murid, teman, tetangga, dan orang lain. Mengapa keinginan-keinginan yang luhur tadi tidak bisa dilakukan dengan sempurna.

Apakah penyebabnya? faktor apakah yang menghalangiku beramal sesuai keinginan dan cita-citaku? Salah dimana? siapa yang salah? ya Allah, tidak ada yang salah kecuali diriku sendiri. diriku yang sering melalaikan dan melupakan-Mu. diriku yang sering mengikuti nafsu syaitan.

Khamis, 5 Ogos 2010

ERTI KEMERDEKAAN SEBENAR

Makna kemerdekaan yang sebenar perlulah sentiasa diterapkan. Sambutan kemerdekaan memang baik. Namun ciri-ciri sambutan itu bagi seorang Muslim hendaklah beridentitikan Islam.Bergembira menyambut kemerdekaan agar kita tahu bersyukur, tidaklah salah. Demikian juga kita boleh berhibur dengan aturan yang diizinkan Islam. Namun sambutan kemerdekaan hendaklah tidak menenggelamkan makna kemerdekaan. Janganlah anak-anak muda berkumpul dan melaung kemerdekaan bukan kerana jiwa yang merdeka, tetapi sekadar acara tanpa menghayati makna.


Gaya dan cara mereka hendaklah melambangkan jiwa yang merdeka dari cengkaman penjajahan manusia. Perhimpunan anak muda semperna kemerdekaan jika hanya untuk melihat hiburan di atas pentas semata, tentu tidak mencapai matlamatnya. Sebaliknya, mereka hendaklah berhimpun bagi menggambar kecintaan yang jujur kepada negara yang telah memberikan perlindungan kepada rakyat, agama dan kehormatan diri. Bukan sekadar acara tahunan. Setelah memahami hakikat ini, maka laungkanlah Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Rabu, 12 Mei 2010

KENANGILAH DAKU !!! - SELAMAT HARI GURU

Tarikh 16 Mei setiap tahun ditetapkan sebagai sambutan Hari Guru setiap tahun. Sambutan Hari Guru disambut di peringkat kebangsaan hinggalah ke peringkat sekolah. Pelajar-pelajar yang mengenang jasa guru akan memberi hadiah, bekas pelajar yang masih mengingati gurunya akan menghantar sms ucapan hari guru walau pun semua itu tidaklah diharapkan oleh insan yang bergelar guru.

Sedar atau tidak sebenarnya tugas yang dilakukan oleh warga guru adalah tugas yang amat berat iaitu usaha untuk ‘memanusiakan’ manusia, untuk membentuk insan bersahsiah dan bermoral tinggi serta sentiasa menyeru murid-muridnya ke arah kebaikan

Sesungguhnya pengorbanan seorang guru terlalu besar. Namun terdapat pelajar langsung tidak menghargainya. Seorang guru boleh menghadiri kelas tambahan petang, malam malah mengorbankan cuti hujung minggu untuk membantu pelajarnya memperoleh kecemerlangan. Namun pelajar tanpa rasa bersalah ponteng kelas tersebut. Guru mencurahkan ilmu sebaik mungkin dan mengharapkan pelajar mengulangkaji serta mengamalkannya, namun mereka biarkannya ilmu itu hilang begitu sahaja. Guru sentiasa mendoakan untuk pelajarnya agar mendapat kecemerlangan namun pelajar setelah mendapat kecemerlangan terus melupakan gurunya. Guru sentiasa mengingati wajah anak didiknya walau pun telah bertahun-tahun, Cuma nama sahaja terlupa. Tapi pelajar sengaja mengelakkan diri bila bertembung atau buat-buat tidak kenal bekas gurunya. Semua itu guru tidak ambil kisah, janji di akhirat dapat ganjaran di sisi Allah yang tidak pernah lupa, Tuhan yang tidak pernah terlepas pandang terhadap amalan hambanya.

" SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK "



JASA GURU

Jumaat, 19 Mac 2010

Bismillahhirrahmannirrahim


وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ


Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-Baqarah : 188 )

Khamis, 18 Mac 2010

KRISIS MASALAH REMAJA

Krisis masalah remaja kini semakin menjadi-jadi walaupun pelbagai langkah telah
dan sedang diambil untuk membenteras kegiatan tidak sihat ini di kalangan remaja.
Kerosakan akhlak dan kejadian salah laku di kalangan remaja atau pelajar di negara kita
terus meruncing dan meningkat setiap tahun. Apa akan berlaku kepada generasi warisan
akan datang jika remaja hari ini terus hanyut dibawa arus masalah akhlak seperti
membunuh, melepak, ponteng sekolah, penyalahgunaan dadah, mengamalkan seks bebas,
membuang bayi, melakukan jenayah juvana, lari dari rumah, berkelakuan lucah, menjadi
bohsia atau bohjan, meminum arak, mengunjungi disko, membuli, merokok dan lain-lain
lagi yang kian merebak dalam masyarakat kita?

Selasa, 2 Mac 2010

CARI JODOH

Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku
*
Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan
**
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku
***
Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau
Back to *, **, ***
Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku
Back to ***

Rabu, 10 Februari 2010

Adakah unit bimbingan dan kaunseling masih lagi releven ?

Cikgu Syukry..hari ni ada mesyuarat Ajk Bimbingan Dan Kauseling!.Tiba-tiba saja suara itu terpancul dari mulut seorang guru.Aku pun menoleh sambil tersenyum...lalu berkata Insya-Allah.Inilah kali pertama Aku hadir dalam mesyuarat B&K.Mungkin pada tahun ini nama Aku telah tersenarai dalam AJk B&K.Banyak perbincangan telah dibuat terutama berkaitan dengan pemasalahan pelajar.

Namun, fokus utama yang Aku merasakan sangat-sangat penting untuk dibincangkan bersama ialah permasalahan yang berkaitan pembentukan sahsiah diri pelajar disekolah. Ini kerana, jika pelajar di bentuk serta diasuh dengan baik di sekolah, maka ia memberi sedikit sebanyak asas pegangan serta jati diri pelajar untuk menghadapi transisi perubahan remaja kealam dewasa.Aku melihat, suasana pendidikan di sekolah pada hari ini terlalu banyak masalah khususnya yang melibatkan soal pembinaan sahsiah pelajar itu sendiri. Aku terbaca satu kajian yang telah dibuat oleh UKM di salah sebuah sekolah terhadap 100 orang pelajar perempuan. Hasil kejadian menunjukkan hanya sebilangan kecil sahaja pelajar perempuan yang masih tidak pernah melakukan hubungan seks.


Berdasarkan fakta ini,Aku merasakan cukup bimbang terhadap masa depan anak-anak bangsa akan datang. Jika masalah ini tidak ada usaha penyelesaiannya, maka apa jadi terhadap soal keselamatan anak-anak akan datang.

Persoalannya, adakah unit bimbingan dan kaunseling di sekolah pada hari ini mampu untuk menghadapi contoh permasalahan pelajar sebegini.

Aku merasakan inilah yang perlu dibahaskan sedalam-dalamnya bagi panduan warga pendidik pada hari ini…bukannya soal gaji,pangkat atau elaun yang dikejar-kejar.

Selasa, 26 Januari 2010

BENCI !!!... BENCI!!!... BENCI !!!...

Pada hari Rabu yang lalu, aku terbaca di hadapan mukasurat satu artikal di surat khabar Berita Harian ..."Rampasan heroin 10kg yang bernilai $1.5 juta terbesar sejak lima tahun lalu..."Sebanyak 21 beg heroin gred tiga dan beberapa alat menghisap Ice telah cuba diseludup oleh satu sindiket Melayu melalui di dalam sebuah tayar kereta ganti .Antara lain, lebih $400,000 juga dirampas CNB (Biro Narcotik Pusat) dalam satu operasi.Enam mereka itu boleh dihukum GANTUNG jika sabit kesalahan.Ini adalah berkat doa para isteri, ibubapa, anak-anak dan sebagainya kerana selama ini mereka "teraniaya" oleh perbuatan mereka yang tidak berhati manusia malah berkelakuan untuk kepentingan diri sendiri.Ramai orang-orang yang tidak berdosa terpaksa menanggung kepedihan menempuh kehidupan mereka walaupun perit tetapi harapan mereka kepada orang-orang yang disayangi akan pulang kepangkal jalan.Semoga semua usaha pemerintah dapat disokong dengan masyarakat bekerjasama membenteras masalah ini secara serius dan berterusan tanpa jemu.


Selasa, 19 Januari 2010

ADEGAN - Suatu Pengajaran

Ketika itu dia sedang bercakap-cakap di handphonenya di dalam kereta. Dibelakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba-tiba Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh-gocoh dan sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan,datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.

Rabu, 30 Disember 2009

TAHUN 2010 M / 1431 H


Terasa lama tidak menulis diblog ini. Tak tahu kenapa, hati ini tiba-tiba berat untuk menulis diblog ini lagi. Akal ini tiba-tiba buntu untuk menulis lagi. Tapi itu bukan masalah bagi aku, mungkin itu cuma permainan hati,bisikan syaitan......!!!. sedar tak sedar dah nak masuk tahun 2010, tahun baru bagi kita semua. Entah kenapa mungkin sudah jadi budaya apabila masuk new year kebanyakan orang akan menanam azam baru, tidak pula pada 1 Muharram yang lalu. Aku sendiri pun begitu cuma tahun ni terasa malas nak menanam azam baru lagi kerana azam-azam tahun lalu masih belum ditunaikan.... tapi ada baiknya juga budaya menanam azam ini, sekurang-kurangnya ada juga keinginan untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini. Kenapa masih banyak azam yang belum tertunai? kenapa setiap kali kita nak berubah susah sangat nak laksanakannya? Kenapa iman dihati tak pernah tetap sehingga membuat perlakuan kita berubah-ubah, sekejap baik sekejap kurang baik. kenapa sekejap rasa nak buat amal banyak-banyak, sekejap rasa malas sangat nak buat perkara-perkara sunat?

Mari kita duduk sejenak muhasabah balik kealpaan dan kesilapan yang kita lakukan tahun-tahun lalu. sesungguhnya orang mukmin yang jujur suka mengorek rahsia hatinya dan menangisi ‘kerugian’ mereka tahun-tahun lalu.

Selasa, 8 Disember 2009

BERMONOLOG






Baiklah, Aku nak tanya Kamu, mengapa mesti ada hari2 yg harus Kamu lalui dgn perasaan jemu dan berat?. Mengapa kita tidak lalui hari2 itu dgn perasaan ceria dan menyeronokkan. Mengapa kita buangkan masa kita di sana? Pendekata mengapa memberatkan diri sendiri?


Aku rasa kita perlu, malah mesti belajar membuatkan diri kita ceria dan menggembirakan. Kita mesti ciptakan ceria dan keseronokkan dalam masa dan minda kita. Aku yakin, pada sebilangan masa; mesti ada sesuatu yg kita boleh pelajari semasa kita melalui masa tu. Carilah apa sahaja atau sesuatu yg kita boleh pelajari.. Kata omputih “everyday is a learning process”.
Baiklah,Aku nak tanya kamu, mengapa mesti ada hari2 yg harus kamu lalui dgn perasaan jemu dan berat?. Mengapa kita tidak lalui hari2 itu dgn perasaan ceria dan menyeronokkan. Mengapa kita buangkan masa kita di sana? Pendekata mengapa memberatkan diri sendiri?

Aku rasa kita perlu, malah mesti belajar membuatkan diri kita ceria dan menggembirakan. Kita mesti ciptakan ceria dan keseronokkan dalam masa dan minda kita. Aku yakin, pada sebilangan masa; mesti ada sesuatu yg kita boleh pelajari semasa kita melalui masa tu. Carilah apa sahaja atau sesuatu yg kita boleh pelajari.. Kata omputih “everyday is a learning process”.