Rabu, 10 Februari 2010

Adakah unit bimbingan dan kaunseling masih lagi releven ?

Cikgu Syukry..hari ni ada mesyuarat Ajk Bimbingan Dan Kauseling!.Tiba-tiba saja suara itu terpancul dari mulut seorang guru.Aku pun menoleh sambil tersenyum...lalu berkata Insya-Allah.Inilah kali pertama Aku hadir dalam mesyuarat B&K.Mungkin pada tahun ini nama Aku telah tersenarai dalam AJk B&K.Banyak perbincangan telah dibuat terutama berkaitan dengan pemasalahan pelajar.

Namun, fokus utama yang Aku merasakan sangat-sangat penting untuk dibincangkan bersama ialah permasalahan yang berkaitan pembentukan sahsiah diri pelajar disekolah. Ini kerana, jika pelajar di bentuk serta diasuh dengan baik di sekolah, maka ia memberi sedikit sebanyak asas pegangan serta jati diri pelajar untuk menghadapi transisi perubahan remaja kealam dewasa.Aku melihat, suasana pendidikan di sekolah pada hari ini terlalu banyak masalah khususnya yang melibatkan soal pembinaan sahsiah pelajar itu sendiri. Aku terbaca satu kajian yang telah dibuat oleh UKM di salah sebuah sekolah terhadap 100 orang pelajar perempuan. Hasil kejadian menunjukkan hanya sebilangan kecil sahaja pelajar perempuan yang masih tidak pernah melakukan hubungan seks.


Berdasarkan fakta ini,Aku merasakan cukup bimbang terhadap masa depan anak-anak bangsa akan datang. Jika masalah ini tidak ada usaha penyelesaiannya, maka apa jadi terhadap soal keselamatan anak-anak akan datang.

Persoalannya, adakah unit bimbingan dan kaunseling di sekolah pada hari ini mampu untuk menghadapi contoh permasalahan pelajar sebegini.

Aku merasakan inilah yang perlu dibahaskan sedalam-dalamnya bagi panduan warga pendidik pada hari ini…bukannya soal gaji,pangkat atau elaun yang dikejar-kejar.