Ahad, 29 November 2009

KES PEMBUANGAN BAYI



Hampir setiap minggu kita mendengar dari televisyen, akhbar dan majalah tentang kes pembuangan bayi dan kebanyakannya yang ditemui mati dalam keadaan yang menyedihkan dan ada yang bernasib baik ditemui dalam keadaan masih hidup. Tong sampah, tempat pembuangan sampah, lubang tandas, tempat awam seperti masjid dan tandas awam dan sebagainya menjadi tempat dimana bayi-bayi malang ini ditemui.

Apakah kita ini ingin digelar masyarakat yang tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan sepertimana yang terjadi di zaman jahiliyah sebelum kedatangan Islam. Kanak-kanak terutamanya perempuan dibunuh dan ditanam hidup-hidup untuk menutup malu dan hanya untuk mempertahankan maruah keluarga. Tetapi lihatlah apa yang telah terjadi pada zaman sekarang. Kanak-kanak juga dilayan sebegitu tanpa rasa belas kasihan dan dibuang merata-rata demi untuk menutup malu dan menjaga maruah orang yang melakukannya.

Firman Allah dalam surah Al-A'araf ayat 179:

Maksudnya:
"Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakkannya daripada jin dan manusia,mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (bukti keesaan allah) dan mereka mempunyai telinga(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai".


Oleh itu, renung-renungkanlah..........................


Rabu, 25 November 2009

CUTI SEKOLAH

Kini musim cuti sekolah menjelma lagi.Kegembiraan tergambar diwajah anak-anak kita dan tanggungjawab untuk mengurus percutian mereka pula mencabar kebijaksanaan kita sebagai ibu bapa.


Masa cuti sekolah ini perlulah dilihat dari dua perspektif:

1-Untuk memberi peluang kepada anak-anak berehat sebentar dan menikmati aktiviti yang mereka gemari Sebelum memulakan sesi persekolahan yang baru.

2- Untuk kita mengisi masa anak-anak dengan pendidikan dan pembangunan keperibadian muslim yang sejati.


Pengimbangan antara kedua perspektif ini perlulah dilakukan secara hikmah dan menyeronokkan mereka sebagai kanak-kanak atau remaja,sudah tentu terdapat banyak aktiviti yang menyeronokkan mereka, namun kita sebagai ibu bapa yang lebih matang dari mereka, perlulah membimbing dan menyusunnya dengan baik, agar ia tidak dipenuhi dengan unsur-unsur yang ganas dan menyalahi nilai-nilai akhlak yang mulia. Membiarkan mereka memenuhi kehendak keremajaan akan membawa kearah natijah yang tidak berfaedah.Sebagai ibu bapa yang tentunya lebih matang dari anak-anak,kita perlulah membimbing mereka untuk menikmati aktiviti yang mereka gemari,agar cuti persekolahan ini tidak hanya dipenuhi dengan bermain-main sahaja, walaupun itulah yang disukai oleh kebanyakan kanak-kanak atau remaja.

Ahad, 8 November 2009






Alhamdulillah, Allah telah aturkan hidup insan yang lemah ini untuk menemui individu-individu yang luar biasa. Jutawan, aktivis, pendidik, motivator, penasihat dan lain-lain. Mereka memberi kesan yang hebat dalam hidup dan jiwa saya. Sesungguhnya ramai orang di luar sana yang berhati mulia. Muslim atau bukan muslim. Mereka manusia yang banyak mengubah hidup saya daripada seorang yang mementingkan diri sendiri kepada seorang yang berbeza.

Entah bila saya akan mati dan saya tidak mahu mati saya adalah sia-sia. Biarlah saya meninggalkan dunia dengan meninggalkan suatu legasi yang dapat merobah dunia. Biarlah apa orang kata, ‘I don’t care’. Saya percaya saya boleh dan Allah akan sentiasa membantu saya. Mengapa saya perlu takut?

KEIKHLASAN

Sifat ikhlas adalah pokok segala kebahagiaan. Sesuatu kerja yang tidak lahir dari hati ikhlas, nescaya tidak menghasilkan buah, malah boleh merugikan. Ingatlah, amal tanpa disertakan dengan keikhlasan hati, tidak menghasilkan pahala di sisi Allah Swt.

Orang yang tidak mempunyai keikhlasan hati umpama berdiri di tempat gelap tidak mempunyai lampu cahaya untuk meneranginya, tidak mempunyai sayap untuk terbang tinggi. Dia bekerja hanya untuk dorongan hawa nafsu.

Isnin, 2 November 2009

Dr Asri Ditangkap JAIS


[Dr+Asri+1.jpg]


Aku amat terkejut mendengar kes penangkapan Dr Asri, bekas Mufti Perlis atas alasan yang sangat cetek yakni tiada tauliah.Tujuan tauliah dibuat adalah untuk memastikan setiap mereka yang mengajar agama tidak menyeleweng dari landasan syara'.Dr Asri Zainal Abidin adalah bekas Mufti Perlis dan juga aliran ulama muda yang begitu berani membuat sesuatu teguran secara terbuka.Namun adakah terfikir di fikiran kita,mana mungkin orang yang pernah dilantik Mufti dan seterusnya pernah duduk dalam Majlis Fatwa Kebangsaan boleh mengajar ajaran yang sesat lagi berlawanan syara'


Jika benarlah Dr Asri ditahan atas sebab ceramah beliau, mengapa sekarang baru pihak JAIS mahu mengambil tindakan walhal Dr Asri sudah lama berceramah dan berkongsi pandangan serta komen dalam coretan-coretan baik dalam blog beliau mahupun dalam akhbar tempatan?