Rabu, 30 Disember 2009

TAHUN 2010 M / 1431 H


Terasa lama tidak menulis diblog ini. Tak tahu kenapa, hati ini tiba-tiba berat untuk menulis diblog ini lagi. Akal ini tiba-tiba buntu untuk menulis lagi. Tapi itu bukan masalah bagi aku, mungkin itu cuma permainan hati,bisikan syaitan......!!!. sedar tak sedar dah nak masuk tahun 2010, tahun baru bagi kita semua. Entah kenapa mungkin sudah jadi budaya apabila masuk new year kebanyakan orang akan menanam azam baru, tidak pula pada 1 Muharram yang lalu. Aku sendiri pun begitu cuma tahun ni terasa malas nak menanam azam baru lagi kerana azam-azam tahun lalu masih belum ditunaikan.... tapi ada baiknya juga budaya menanam azam ini, sekurang-kurangnya ada juga keinginan untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini. Kenapa masih banyak azam yang belum tertunai? kenapa setiap kali kita nak berubah susah sangat nak laksanakannya? Kenapa iman dihati tak pernah tetap sehingga membuat perlakuan kita berubah-ubah, sekejap baik sekejap kurang baik. kenapa sekejap rasa nak buat amal banyak-banyak, sekejap rasa malas sangat nak buat perkara-perkara sunat?

Mari kita duduk sejenak muhasabah balik kealpaan dan kesilapan yang kita lakukan tahun-tahun lalu. sesungguhnya orang mukmin yang jujur suka mengorek rahsia hatinya dan menangisi ‘kerugian’ mereka tahun-tahun lalu.

Selasa, 8 Disember 2009

BERMONOLOG






Baiklah, Aku nak tanya Kamu, mengapa mesti ada hari2 yg harus Kamu lalui dgn perasaan jemu dan berat?. Mengapa kita tidak lalui hari2 itu dgn perasaan ceria dan menyeronokkan. Mengapa kita buangkan masa kita di sana? Pendekata mengapa memberatkan diri sendiri?


Aku rasa kita perlu, malah mesti belajar membuatkan diri kita ceria dan menggembirakan. Kita mesti ciptakan ceria dan keseronokkan dalam masa dan minda kita. Aku yakin, pada sebilangan masa; mesti ada sesuatu yg kita boleh pelajari semasa kita melalui masa tu. Carilah apa sahaja atau sesuatu yg kita boleh pelajari.. Kata omputih “everyday is a learning process”.
Baiklah,Aku nak tanya kamu, mengapa mesti ada hari2 yg harus kamu lalui dgn perasaan jemu dan berat?. Mengapa kita tidak lalui hari2 itu dgn perasaan ceria dan menyeronokkan. Mengapa kita buangkan masa kita di sana? Pendekata mengapa memberatkan diri sendiri?

Aku rasa kita perlu, malah mesti belajar membuatkan diri kita ceria dan menggembirakan. Kita mesti ciptakan ceria dan keseronokkan dalam masa dan minda kita. Aku yakin, pada sebilangan masa; mesti ada sesuatu yg kita boleh pelajari semasa kita melalui masa tu. Carilah apa sahaja atau sesuatu yg kita boleh pelajari.. Kata omputih “everyday is a learning process”.

Ahad, 29 November 2009

KES PEMBUANGAN BAYI



Hampir setiap minggu kita mendengar dari televisyen, akhbar dan majalah tentang kes pembuangan bayi dan kebanyakannya yang ditemui mati dalam keadaan yang menyedihkan dan ada yang bernasib baik ditemui dalam keadaan masih hidup. Tong sampah, tempat pembuangan sampah, lubang tandas, tempat awam seperti masjid dan tandas awam dan sebagainya menjadi tempat dimana bayi-bayi malang ini ditemui.

Apakah kita ini ingin digelar masyarakat yang tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan sepertimana yang terjadi di zaman jahiliyah sebelum kedatangan Islam. Kanak-kanak terutamanya perempuan dibunuh dan ditanam hidup-hidup untuk menutup malu dan hanya untuk mempertahankan maruah keluarga. Tetapi lihatlah apa yang telah terjadi pada zaman sekarang. Kanak-kanak juga dilayan sebegitu tanpa rasa belas kasihan dan dibuang merata-rata demi untuk menutup malu dan menjaga maruah orang yang melakukannya.

Firman Allah dalam surah Al-A'araf ayat 179:

Maksudnya:
"Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakkannya daripada jin dan manusia,mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (bukti keesaan allah) dan mereka mempunyai telinga(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai".


Oleh itu, renung-renungkanlah..........................


Rabu, 25 November 2009

CUTI SEKOLAH

Kini musim cuti sekolah menjelma lagi.Kegembiraan tergambar diwajah anak-anak kita dan tanggungjawab untuk mengurus percutian mereka pula mencabar kebijaksanaan kita sebagai ibu bapa.


Masa cuti sekolah ini perlulah dilihat dari dua perspektif:

1-Untuk memberi peluang kepada anak-anak berehat sebentar dan menikmati aktiviti yang mereka gemari Sebelum memulakan sesi persekolahan yang baru.

2- Untuk kita mengisi masa anak-anak dengan pendidikan dan pembangunan keperibadian muslim yang sejati.


Pengimbangan antara kedua perspektif ini perlulah dilakukan secara hikmah dan menyeronokkan mereka sebagai kanak-kanak atau remaja,sudah tentu terdapat banyak aktiviti yang menyeronokkan mereka, namun kita sebagai ibu bapa yang lebih matang dari mereka, perlulah membimbing dan menyusunnya dengan baik, agar ia tidak dipenuhi dengan unsur-unsur yang ganas dan menyalahi nilai-nilai akhlak yang mulia. Membiarkan mereka memenuhi kehendak keremajaan akan membawa kearah natijah yang tidak berfaedah.Sebagai ibu bapa yang tentunya lebih matang dari anak-anak,kita perlulah membimbing mereka untuk menikmati aktiviti yang mereka gemari,agar cuti persekolahan ini tidak hanya dipenuhi dengan bermain-main sahaja, walaupun itulah yang disukai oleh kebanyakan kanak-kanak atau remaja.

Ahad, 8 November 2009






Alhamdulillah, Allah telah aturkan hidup insan yang lemah ini untuk menemui individu-individu yang luar biasa. Jutawan, aktivis, pendidik, motivator, penasihat dan lain-lain. Mereka memberi kesan yang hebat dalam hidup dan jiwa saya. Sesungguhnya ramai orang di luar sana yang berhati mulia. Muslim atau bukan muslim. Mereka manusia yang banyak mengubah hidup saya daripada seorang yang mementingkan diri sendiri kepada seorang yang berbeza.

Entah bila saya akan mati dan saya tidak mahu mati saya adalah sia-sia. Biarlah saya meninggalkan dunia dengan meninggalkan suatu legasi yang dapat merobah dunia. Biarlah apa orang kata, ‘I don’t care’. Saya percaya saya boleh dan Allah akan sentiasa membantu saya. Mengapa saya perlu takut?

KEIKHLASAN

Sifat ikhlas adalah pokok segala kebahagiaan. Sesuatu kerja yang tidak lahir dari hati ikhlas, nescaya tidak menghasilkan buah, malah boleh merugikan. Ingatlah, amal tanpa disertakan dengan keikhlasan hati, tidak menghasilkan pahala di sisi Allah Swt.

Orang yang tidak mempunyai keikhlasan hati umpama berdiri di tempat gelap tidak mempunyai lampu cahaya untuk meneranginya, tidak mempunyai sayap untuk terbang tinggi. Dia bekerja hanya untuk dorongan hawa nafsu.

Isnin, 2 November 2009

Dr Asri Ditangkap JAIS


[Dr+Asri+1.jpg]


Aku amat terkejut mendengar kes penangkapan Dr Asri, bekas Mufti Perlis atas alasan yang sangat cetek yakni tiada tauliah.Tujuan tauliah dibuat adalah untuk memastikan setiap mereka yang mengajar agama tidak menyeleweng dari landasan syara'.Dr Asri Zainal Abidin adalah bekas Mufti Perlis dan juga aliran ulama muda yang begitu berani membuat sesuatu teguran secara terbuka.Namun adakah terfikir di fikiran kita,mana mungkin orang yang pernah dilantik Mufti dan seterusnya pernah duduk dalam Majlis Fatwa Kebangsaan boleh mengajar ajaran yang sesat lagi berlawanan syara'


Jika benarlah Dr Asri ditahan atas sebab ceramah beliau, mengapa sekarang baru pihak JAIS mahu mengambil tindakan walhal Dr Asri sudah lama berceramah dan berkongsi pandangan serta komen dalam coretan-coretan baik dalam blog beliau mahupun dalam akhbar tempatan?


Rabu, 28 Oktober 2009

Jumaat, 2 Oktober 2009

GEMPA BUMI - UJIAN ALLAH

Bermula dengan taufan Ketsana di Vietnam dan Filipina, kemudian tsunami di Samoa dan diikuti dengan gempa bumi dahsyat di bumi Padang, Indonesia, ujian Allah datang bertubi2 dengan KekuasaanNya yang tiada daya untuk kita manusia kerdil ini menahan diri. Kita yang tidak ditimpa malapetaka dan ujian getir ini secara terus tidaklah hanya boleh mengambil sikap tidak acuh dan tidak ambil "ikhtibar" dengan apa yang berlaku. Apatah lagi ujian dan kejadian ini berlaku selepas beberapa minggu sahaja kita semua telah menjalani latihan pembersihan jiwa semasa Ramadhan.

Dari tangisan jerit perih mangsa gempa bumi di Padang, berita 2 Okt 2009 melaporkan 770 nyawa maut, 294 jiwa lagi sedang bergelut parah dan hampir 500 bangunan runtuh ranap ke bumi. Seramai 500 pelajar Malaysia telah di bawa pulang dengan pengankutan tentera udara.

Kita yang bernasib baik dan sedang menikmati kurniaan keamanan dan kesihatan di sini, sebagai TANDA KESYUKURAN akan apa yang dikurnikanNYA, marilah hulurkan bantuan, setakat mampu, jika tidak dengan wang ringgit dan penglibatan secara fizikal, marilah kita hadiahkan doa, al-Fatihah, doa keampunan kepada jiwa-jiwa yang telah pergi bersama dengan redanya taufan dan gempa tersebut.

Ahad, 27 September 2009

TAZKIRAH - KEJAYAAN

Firman Allah swt: "Dialah yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah sedia ada)." (Al Fath : 4)

"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: 'Tuhan kami ialah Allah', kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): 'Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih, dan bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu.'" (Fushshilat : 30)

Rasulullah saw bersabda: "Apabila Allah kasih kepada seorang hamba, maka Ia memanggil Jibrael dan memberitahu kepadanya: 'Allah telah kasih kepada fulan, maka kasihlah engkau kepadanya.' Kemudian diumumkan kepada sekalian ahli langit, 'Sesungguhnya Allah kasih kepada fulan maka kasihlah kamu sekalian kepadanya', dan setelah dikasihi penghuni langit, diberinya kejayaan pada orang bumi." (Bukhari, Muslim)

Alangkah indahnya saat tatkala Allah swt berfirman kepada kita: "Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu." (Al Fajr : 27-30)

"Dan (alangkah ngerinya) jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): 'Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin.'" (As Sajdah : 12)

Rasulullah saw ialah: "Seringan-ringan siksa ahli neraka pada hari kiamat ialah orang yang diletakkan di bawah tumitnya bara api yang akan mendidihkan otaknya. Sedang ia merasa tiada seorang pun yang lebih siksa daripadanya, padahal itu adalah siksa yang paling ringan." (Bukhari, Muslim)

"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Barangsiapa yang terjauh daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Khamis, 10 September 2009

YAHOO PERIKSA DAH HABIS !!!

Apakah rancangan selepas ini....Ke Asrama Atau Tidak?

Para ibu bapa dan anak mereka seharusnya berbincang untuk meneliti kemungkinan dan membuat keputusan dalam hal ini. Ini untuk mengelakkan daripada terjadinya ketidaksediaan remaja untuk ke sekolah berasrama.

Apabila ini terjadi, psikologi anak-anak yang masih muda ini akan terganggu. Lebih parah lagi sekiranya ia menjejaskan prestasi pembelajaran mereka. Dalam hal ini, mungkin ibu bapa boleh mempertimbangkan sama ada menghantar anak mereka ke sekolah berasrama semasa Tingkatan 1 atau Tingkatan 4.

Terdapat ibu bapa yang berpendapat bahawa umur 12-13 tahun adalah terlalu muda untuk ke sekolah berasrama kerana mereka belum matang dalam membuat keputusan dan untuk menyesuaikan diri dengan cabaran di persekitaran baru.

Menghantar anak-anak ke asrama seharusnya diiringi dengan kesediaan ibu bapa dan remaja itu sendiri. Ibu bapa harus meneliti akan watak dan keterampilan anak mereka dan juga sekolah terbabit. Kebanyakan ibu bapa pasti mempunyai hujah yang kuat untuk menghantar anak mereka ke asrama, iaitu untuk mendapatkan pendidikan terbaik dan juga sebagai langkah untuk menerapkan disiplin dalam diri anak mereka supaya cara hidup lebih teratur.

Namun di sebalik itu, ia bergantung kepada anak itu sendiri yang akan menentukan kaedah pembelajaran dan budaya seharian. Apa gunanya di sekolah berdisiplin tetapi apabila berada di rumah, mereka tidak dapat mengikuti disiplin tersebut?

Ahad, 6 September 2009

SELAMAT MENDUDUKI UPSR 2009


10 Tip Menghadapi Peperiksaan

Peperiksaan memberikan gambaran terhadap perkembangan pelajaran anda.

Terdapat beberapa aspek, seperti sikap dan keadaan anda akan mempengaruhi anda dalam peperiksaan.
Sepuluh tip untuk membantu anda dalam peperiksaan :
1.
Datanglah dengan bersedia dan lebih awal

Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.

2.
Tenang dan percayakan diri sendiri

Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.

3.
Bersantailah tapi berhati-hati

Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.

4.
Prebiu soalah-soalan terlebih dahulu

Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar.. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.

5.
Jawab soalan secara strategik

Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui, kemudian dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi. Soalan terakhir yang harus anda jawab adalah:

* soalan paling sukar,
* yang memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya,
* mempunyai markah sedikit .

6.
Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih

Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

7.
Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis

Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.

8.
Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya

Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.

9.
Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksan jawapan

Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

10.
Analisa jawapan anda

Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

Terjemahan dari: Landsberger, Joe. Ten Tips of Test Taking



Tapi yang penting sekali jangan lupa BERDOA!!! betulkan niat dan lakukanlah hanya keranaNya. InsyaAllah Dia akan membantu.

Jumaat, 4 September 2009

APO NOK DIKATO !!!



SELAMAT MENGHADAPI UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR 2009) BUAT SEMUA PELAJAR TAHUN 6 SELURUH NEGARA

Ahad, 30 Ogos 2009

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 52

Tunku Abdul Rahman dengan disaksikan oleh wakil Queen Elizabeth II Duke of Gloucester, Pesuruhjaya Tinggi British Sir Donald Mc Gillivray, sembilan Raja Melayu dan ribuan rakyat Persekutuan Tanah Melayu melafazkan " Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan merdeka" dan memekik "Merdeka!" berulang kali dengan disambut oleh rakyat di Stadium Merdeka.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Pertahankan Kemerdekaan yang kita kecapi dan terus mengisi Kemerdekaan.

Rabu, 26 Ogos 2009

Muhasabah Cinta Ramadhan

Muhasabah Cinta
EdCoustic

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

C/O
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

Sabtu, 22 Ogos 2009

SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum….

Sempena 1 Ramadan ini, Aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua ummat Islam khasnya pengungjung Blog ini. Moga diperolehi keberkatan dan diampunkan segala dosa.

Isnin, 17 Ogos 2009

H1N1 - SATU PENJELASAN ALLAH

Berikut adalah beberapa isi khutbah Fadhilat al-Syaikh Dr. Yusri al-Hasani


Pertama: Allah Taala Sedang Berbicara Dengan Kita.


Semasa zaman para nabi dan para rasul, Allah berbicara dengan mereka yang mulia ini melalui perantaraan wahyu. Namun apabila Nabi dan Rasul terakhir, Sayyidina Muhammad kembali ke hadrat Allah Taala, maka wahyu sudah tidak lagi menjengah bumi. Namun Allah tetap terus berbicara dengan manusia melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kita perlu memandang setiap musibah dan ujian yang berlaku sebagai satu bentuk ucapan dari Allah yang ingin menyampaikan sesuatu kepada kita.


Kedua: Penyakit Yang Belum Pernah Berlaku Sebelum Ini Apabila Muncul Pada Zaman Ini…


Rasululllah pernah menyatakan bahawa apabila manusia semakin menjauhi Allah Taala, maka Allah akan menimpa mereka dengan pelbagai wabak dan penyakit yang belum pernah ditimpa kepada orang-orang terdahulu.Ini adalah bukti kebenaran Nabi Muhammad Sallallahu Alayhi Wasallam.


Ketiga: Bala Yang Berlaku Adalah Natijah Jauhnya Manusia Daripada Mengikut Perintah Allah.


Apabila kemusnahan dan musibah itu berlaku kepada tanaman, maka Allah ingin berbicara dan menyatakan kepada kita bahawa manusia tidak menunaikan hak Allah yang ada pada tanam-tanaman. Lalu Allah membinasakan tanaman agar manusia kembali sedar bahawa mereka tidak menunaikan hak mereka terhadap golongan fakir miskin dan orang-orang yang memerlukan.


Apabila kemusnahan itu berlaku pada binatang ternakan, maka itu adalah tanda bahawa kewajipan yang berkaitan dengan binatang ternak tidak dilunaskan oleh manusia. Berapa ramai pengusaha jualan daging ayam tidak menunaikan zakat perniagaan. Akhirnya Allah ingin menarik kembali orang Islam daripada terus lalai dengan cara menurunkan selsema burung yang menyerang binatang-binatang ternakan agar orang yang berfikir dapat memahami bicara Allah.


Hari ini kita diserang dengan satu wabak baru iaitu selsema babi. Babi adalah binatang yang Allah haramkan orang-orang Islam memakannya. Bagaimana binatang yang diharamkan ini boleh diternak dan dibiakkan di dalam negara-negara umat Islam?!! Ketua Paderi Mesir; Baba Syanoda sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa agama Kristian turut mengharamkan penganutnya memakan babi sebagaimana yang termaktub di dalam Old Testament.


Akhirnya bagi menyedarkan orang-orang Islam bahawa mereka wajib melunaskan suruhan Allah yang berkenaan dengan babi, Allah menurunkan selsema babi sebagai amaran dari Allah.


Keempat: Apabila Seseorang Muslim Itu Menjauhi Allah, Dia Akan Diuji Oleh Allah.


Ujian yang Allah timpakan kepadanya hanyalah agar dia kembali berfikir dan bertafakkur dalam menginsafi diri atas maksiat yang dilakukannya. Maka dia akan menyatakan dari jauh hati kecilnya bahawa Allah menimpanya dengan pelbagai masalah dan musibah hanya semata-mata kerana ingin dia kembali pada Khaliqnya.


Suasana ini sangat berbeza dengan orang yang bukan Islam. Semakin mereka menjauhi Allah, mereka akan diluaskan dengan pintu nikmat dan kemewahan kerana kemewahan yang mereka kecapi hanyalah di dunia ini semata-mata. Selepas mereka menemui Allah, mereka akan menanggung kemurkaan Allah selama-lamanya. Azab dan siksa yang tidak akan berlalu akan terus dirasai oleh mereka disebabkan kekufuran mereka kepada Allah Rabbul Jalil.


Kelima: Penyakit Taun Yang Dahsyat


Berlaku pada zaman Mamalik di Mesir satu musibah yang cukup mengerikan yang menyerang Mesir ratusan tahun yang lampau. Mesir pernah dilanda dengan wabak taun yang telah membunuh 20% penduduk Mesir ketika itu. Sejarawan menyatakan bahawa wabak yang dahsyat ini telah menyebabkan berlakunya satu fenomena iaitu: harta seseorang yang baru meninggal dunia kerana diserang taun ini akan berpindah milik pada hari kematian tersebut kepada golongan yang ketujuh yang berhak menerima harta pusaka. Ini kerana seusai matinya seseorang itu, anak-anaknya akan turut mati dan seterusnya dan seterusnya sehingga harta pusaka akan terus beralih kepada pihak yang ketujuh disebabkan pihak yang pertama hingga pihak yang keenam turut meninggal dunia pada hari yang sama.


Sekiranya diteliti kepada suasana yang berlaku sebelum taun yang menggila ini menyerang Mesir, kita akan mendapati bahawa jenayah LIWAT adalah tersebar luas di kalangan pemerintah Mesir ketika itu (golongan Mamalik) sehingga setiap seorang di kalangan mereka memiliki seorang kekasih lelaki yang akan diliwatnya.


Allah yang Maha Adil dan Maha Penyanyang akhirnya membersihkan Mesir daripada kekotoran ini dengan mengutuskan wabak Taun untuk dijadikan pengajaran kepada umat-umat yang mendatang.


Keenam: Teruskan Amalan Baik Anda.


Menjadi satu fitrah dan Sunnatullah bahawa seseorang yang sudah biasa dan melazimi satu perbuatan baik tertentu apabila dia meninggalkan kelaziman tersebut, Allah akan memberikan kepada dia ujian dan musibah agar dia kembali memikirkan kesilapannya. Ujian yang diberikan ini hanyalah kerana Allah inginkan perbuatan baik dan soleh itu diteruskan.


Berlaku pada diri Dr. Yusri sendiri apabila seorang wanita Mesir dalam lingkungan umur 60 tahun datang menemui Dr. Yusri yang turut merupakan seorang pakar bedah. Wanita tersebut mengadu bahawa dia mengalami kesakitan yang amat sangat di bahagian perutnya. Dr. Yusri dan para doktor yang lain kebingungan apabila segala penelitian dan ujikaji kedoktoran yang telah dibuat tidak menatijahkan sebab penyakit tersebut. Punca kesakitan itu tidak berjaya ditemui namun si sakit tetap merasai kesakitan yang amat sangat.


Wanita itu akhirnya menceritakan kepada Dr. Yusri al-Hasani bahawa beliau mempunyai satu sikap yang baik iaitu menyembelih kambing setiap tahun dan menyedekahkan daging kambing tersebut kepada fakir miskin di kampungnya. Namun sudah dua tahun dia tidak menyembelih kambing untuk disedekahkan kepada fakir miskin.


Sebaik sahaja Dr. Yusri mendengar kisah wanita tua ini, beliau terus menyatakan di dalam hatinya bahawa inilah punca wanita ini diuji Allah.


Beliau terus meminta wanita ini menelefon keluarganya agar membeli seekor kambing, menyembelihnya dan menghadiahkan daging tersebut kepada fakir miskin sebagaimana kebiasaan wanita ini sebelum ini.


Subhanallah. Selepas dua hati daging kambing disedekahkan kepada fakir miskin, penyakit wanita ini hilang serta merta. Maha Suci Allah yang menurunkan penyakit dan Maha Suci Allah yang menyembuhkan penyakit.

Selasa, 11 Ogos 2009




Ahad, 9 Ogos 2009

Buat Semua Rakan Bloggers

Wahai Pemilik Nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Ku pasrahkan semua padaMu

Tuhan baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir dikidung doaku
Sakit yang ku rasa biar Jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi...Muhasabah cintaku

Sabtu, 8 Ogos 2009

Guru Dan Kajian Tindakan

SABTU 8 Ogos 2009 - Aku berkesempatan untuk menghadiri satu jemputan Taklimat mengenai Kajian Tindakan yang dikelolakan oleh Institut Perguruan Guru Malaysia ,Kampus Sultan Abdul Halim.Sungai Petani.Aku fikir Kajian Tindakan ini penting untuk didedahkan kepada semua guru yang mementingkan kecemerlangan anak didiknya.


Pembentangan Kajian Tindakan

Hasil dapatan boleh aku nyatakan bahawa kajian tindakan merupakan satu kajian yang dijalankan dengan tujuan memecahkan masalah-masalah yang wujud dalam bidang pendidikan, terutamanya bagi masalah-masalah yang berkaitan dengan kualiti proses pendidikan dan pengajaran,atau mutu hasil pendidikan yang efisien, efektif, relevan dan lain-lain. Kajian tindakan ini tidak bermaksud mengembangkan ilmu, tetapi membaiki dan menyempurnakan latihan pendidikan. Bidang kajian yang biasa diselidiki adalah berkaitan kurikulum dan sistem pendidikan, sistem pengajaran, prasarana pendidikan, penilaian pendidikan, perpustakaan sekolah dan lain-lain lagi.


Namun apa yang penting untuk aku nyatakan di sini ialah dalam kita berusaha untuk menangani sesuatu masalah pengajaran dan pembelajaran, maka perlulah kita terlebih dahulu membongkar punca masalah tersebut sehingga ke peringkat akar umbi supaya langkah penyelesaian masalah tersebut memberi kesan penyembuhan yang mustajab dan berkesan. Sehubungan itu sebagai seorang guru dan pendidik, sewajarnyalah kita menjadikan amalan melakukan kajian tindakan ini sebagai budaya kerja kita sesuai dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Jumaat, 24 Julai 2009

Sudah Tiba Masanya!!!

Masanya sudah tiba untuk kita menilai semula kurikulum dan sistem nilaian kepada murid. Aku amat bersetuju dengan konsep nilaian yang bersifat 'school based' dan tidak pada kertas peperiksaan semata-mata. Semenjak dari kecil, murid kita mesti didedahkan dengan kepentingan menjadi 'individu holistik' – dan ianya bukan atas dasar mendapat 5A dalam UPSR.

Rabu, 22 Julai 2009

RENUNGLAH DAKU !!!

Memang, menghadapi anak suatu hal yang tidak mudah, sangat memerlukan kesabaran yang luar biasa, tapi bagaimana kita mengimplementasikannya dalam sekolah kita.Oleh itu kita harus mendidik diri kita sendiri untuk selalu mengevaluasi setiap yang kita kerjakan. Bukankah setiap perilaku kita akan dilihat, didengar dan ditiru oleh mereka ?.

Suatu Renungan



Memang, menghadapi anak suatu hal yang tidak mudah, butuh ketrampilandan kesabaran yang luar biasa, tapi bagaimana kita mengimplementasikannya dalam sekolah kita. Tentunya hal itu kita harus mendidik diri kita sendiri untuk selalu mengevaluasi setiap yang kita kerjakan. Bukankah setiap perilaku kita akan dilihat, didengar dan ditiru oleh mereka ?.


Selasa, 16 Jun 2009

DARI KERANA MATA.....




Anak mata mencerminkan jawapan seseorang.... ia adalah fakta Sains. Orang yang mereka2 jawapan akan cenderung melihat ke kanan sebab masa tu otak kanan (kreativiti) sedang ligat memikirkan jawapan. Jika jawapan itu jujur, mata akan ke kiri sebab, otak sedang memproses Fakta (Otak Kiri).... terpulanglah korang nak percaya ke tidak... tapi aku gunakan teknik ni dalam kehidupan seharian, dan aku dapat kesan cerita sebenarnya...

PENGAJARAN BERKESAN

Antara perkara-perkara yang murid anggap sebagai ‘pengajaran guru yang berkesan’ ialah:

a) Mengajar dengan betul dan bersungguh-sungguh

b) Berdisiplin(seperti menepati masa, tidak lewat masuk)

c) Bertanggungjawab dan tegas

d) Mengajar dengan lebih dedikasi dan serius
(tidak main-main, jangan duduk di kerusi sahaja, menulis di papan hitam, banyak beri kerja
rumah, beri murid buat latihan, selalu memeriksa buku-buku latihan)

e) Mengambil berat (prihatin) dan memahami murid (jangan beri murid bising, mengajar sampai
murid faham, memberi penerangan yang jelas dan cukup, selalu tanyakan masalah murid)

f) Layanan samarata (tidak pilih kasih, berat sebelah).

Selasa, 2 Jun 2009

PPSMI SUATU PERSOALAN ?

Banyak lagi persoalan yang sering dihujani di dalam membincangkan hal mengenai PPSMI ini. Penggunaan bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris sebenarnya mempunayai pro dan kontranya yang tersendiri. Apa yang saya rasakan adalah kedua-dua bahasa ini mampu digunakan di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Ilmu tetap dapat disampaikan, dan pengetahuan tetap dapat diceduk oleh anak-anak murid. Di desa mahupun kota, apa yang diajar, itulah yang diterima. Jika payah ilmu itu meraka tetap tekuni, jika susah mereka tetap pelajari. Siapa mahu anak mereka terus gelita? Nelayan tua di kampung mahupun pengurus berjaya di bandar besar, semua ingin melihat anak mereka berjaya. Tetapi, sudah tentulah anak-anak di kota ini lebih mempunyai kelebihan di dalam menguasai bahasa Inggeris dan pemahaman sains dan matematik jika hendak dibandingkan dengan rakan-rakan mereka di desa.


Apa yang saya ingin tekankan adalah, PPSMI ini tidak ada masalah dengan kemajuan dan pencapaian pelajar, tetapi apa yang khuatirkan adalah peminggiran bahasa Melayu.Saya ulang sekali lagi, peminggiran bahasa Melayu. Itulah yang pada hemat saya perkara yang menjadi igauan para akademik Malaysia dan pecinta bahasa Melayu.Saya merasakan bahasa Melayu layak digunakan sebagai bahasa pengajaran. Apabila kita menggunakan bahasa Melayu, ini secara tidak langsung menunjukkan sayangnya kita pada bahasa Melayu ini.


Mungkin ada yang mengatakan banyak lagi matapelajaran yang diajar di dalam bahasa Melayu, jadi mengapa perlu risau. Saya ingin tekankan di sini adalah peminggiran bahasa Melayu. Peminggiran ini bermaksudkan menafikan kuasa bahasa Melayu. Apabila bahasa kita sendiri terpinggir, tidak malukah kita jika kita tidak terasa apa-apa. Hari ini sedikit demi sedikit kita biarkan bahasa kita dicabut fungsinya. Jangan esok apabila orang persoalkan bahasa Melayu, kita melenting. Kita tidak perlu sibuk memperjuangkan bangsa kita, jika perkara kecil seperti ini pun kita tidak terasa apa-apa. Hari ini sains dan matematik, esok lusa kita tidak tahu pula nasib siapa pula disuruh menngunakan bahasa Inggeris. Mungkin parlimen, mungkin mahkamah siapa tahu.


PPSMI mungkin dilihat sebagai satu semangat nasionisme, semangat membina negara. Pada pendapat saya apabila kita menggunakan bahasa Melayu, kita akan ada satu pakej lengkap, bukan sahaja nasionisme malah nasionalisme, semangat cintakan negara. Apabila kita cintakan negara, secara automatiknya, kita akan berusaha membina negara. Kita juga sebelum ini ini sibuk melaungkan ingin menjadi sebuah negara yang maju mengikut acuan kita tersendiri tetapi nampaknya, ia hanyalah palsu. Oleh kerana teruja menggejar kemajuan, kita menggadaikan bahasa. Semua orang tahu bahawa matematik dan sains ini adalah tapak bagi kemajuan pada zaman moden ini. Kita pula inginkan tapak yang cenderung dengan bahasa Inggeris.


Biarlah bahasa Inggeris terus kita belajar di dalam bahasa Inggeris seperti mana matapelajaran bahasa Jepun dan bahasa Perancis yang di ajar di sekolah-sekolah berasrama penuh contohnya. Jika mahu kuasai, ia tidak salah malah diajak lagi untuk mempelajarinya. Tetapi janganlah kita pinggirkan bahasa kita semata-mata tidak mahu ketinggalan di dalam kemajuan.


Rakyat hanya boleh bersuara, tetapi yang menzahirkan hasrat adalah ahli politik yang berkuasa. Jika kita kata negara kita adalah negara demokrasi, maka lakukanlah perubahan ini demi rakyat. Senguhnya demokrasi itu adalah dari rakyat lahirnya dan kepada rakyat jugalah mereka berkhidmat.Kita percaya kepada kerajaan, kita percaya kepada perubahan. Semoga bahasa Melayu terus kukuh dipersada dunia, semoga bahasa Melayu terus utuh di dalam jiwa bangsa.Insyallah.

Selasa, 26 Mei 2009

Ahad, 17 Mei 2009

MENGENANG JASA GURU

Mengapalah hati ini, di manakah salahnya?
Aku ada guru, dia telah berjasa padaku
tetapi cintaku padanya tidakpun ada
Guruku tidak ada pun di hatiku, di manakah salahnya?
Sepatutnya guru patut dicintai dan diingati
Mereka ada jasa padaku, sepatutnya aku terhutang budi
Sepatutnya aku ingat selalu
Sepatutnya aku doakan mereka selalu
Agar Tuhan mencucuri rahmat dan
memberi keampunan kepada mereka
Sepatutnya setelah mereka kembali kepada Allah,
tanda kasih kepadanya aku sepatutnya menziarahi
keluarga mereka
Tetapi aku tidak pun mencari, aku tidak pun bertanya - tanya
di mana keluarganya?
Agar aku dapat berbuat baik kepada mereka
Sebagai membalas kebaikan dan mengenang jasa guruku
yang telah memberi aku ilmu
Sepatutnya hubungan rahim dengan guru tidak boleh diputuskan
Penghubungnya keluarga mereka, itulah penghubung dengan guru
yang sudah tidak ada di dunia
Begitulah ajaran Tuhanku
Tetapi aku tidak pun melakukannya
Ingatanku kepada guru lebih-lebih lagilah terus kulupakan
Aku sedih sebenarnya mengapa terjadi begini?
Di manakah salah silapnya?
Silap akukah atau silap guru?
Apakah berlaku kesilapan kedua-duanya?
Aku baik sangkalah dengan guru, yang silap aku sebenarnya
Maafkan aku wahai guru-guruku
Aku selama ini telah melupakanmu
Jasamu sungguh banyak kepadaku
Tidak sepatutnyalah aku melupakanmu
Ampunkanlah aku wahai Tuhanku karena kesilapanku ini
Ampunlah dosa-dosa guruku dan cucurilah rahmat ke atasnya
karena jasa mereka kepadaku
Di waktu aku menulis ini aku menangis wahai Tuhanku
Kalau aku tidak memberitahu pun Engkau memang tahu
Aku menangis karena sedih,
tidak sepatutnya aku melupakan guruku yang telah berjasa padaku
Tidak ada jalan lain untuk menebus kesilapanku ini
Melainkan aku doakan mereka
Allahummaghfirlahum warhamhum wa’afihim wa’fu’anhum
Amin

Khamis, 14 Mei 2009

Selasa, 14 April 2009

SEDIKIT RENUNGAN

Sedikit untuk direnungkan,tentang masa lalu kita yang namanya manusia ini.Masa lalu atau kisah semalam tetap ada dalam diari hidup kita,dan kita tak dapat nak meng'enyahkan dia atau membuang terus cerita-cerita semalam..Ada cerita yang seronok untuk dikenang,dan ada yang sangat mengecewakan juga bila kita kenang..Aku punya banyak cerita-cerita suka-duka hidup sepanjang umur yang semakin meningkat ni..Begitu juga kamu..Cuma aku tidak terkesan atau bersedih tentang sangat tentang apa yang telah berlaku,sebab semuanya benda yang semalam..dan aku positif..Positif tu kalau dalam faham islamiknya Redha dengan ketentuanlah..Kamu pun bagus kalau berfikiran begitu aku rasa..Apa yang nak dikesahkan lagi..namanya pun semalam..Jangan dikenang,jangan diungkit..

Satu kesah untuk kita renungkan juga,Berkenaan seseorang yang masa lalunya agak tragis untuk diceritakan..Dia ni seorang yang sudah berumur,alim dari segi penzahirannya sebab dia sangat dihormati oleh masyarakat setempat dikawasan tempat tinggalnya..Jadi masa tuanya agak menariklah juga..Dah tua,beramal,menjalani hidup sebagai seorang yang berugama,beramal soleh,antara sesama manusia mahupun Tuhan..Cumanya,masa lalu dia ni adalah satu kesilapan juga,namun tidaklah boleh dienyahkan sebab itu sebahagian dari cerita dia.Jadi aku berpendapat perjalanan dia menuju hari tuanya masih direstui dan dia sedang menghadapi takdirnya dengan penuh ketentuan dan redha.Wallahualam..
Pakcik ni dulu sebagaimana orang-orang dulu..Masa mudanya suka beramal dan mengamalkan ajaran-ajaran yang penuh dengan bunga-bunga mistik..Menuntut ilmu dunia,menghambakan diri dengan Jin..bekerjasama dengan Jin untuk kesejahteraan hidup didunia..Jadi adalah perjanjian antara mereka..Jadi iitu kesah masa lalu dia,dan aku pun tak tau apa faedah yang dia dah dapat dari apa yang telah dia lalui itu.Cuma ianya satu kesilapan besar..Dan dia mengakuinya juga..



Maka pada hari matinya,semuanya berjalan lancarlah,dan kita ingat semuanya ok dan selesai sebab orang ramai menziarah,upacara talkin,tahlil,derma..semuanya ok..Bahkan cara matinya pun agak meyakinkan juga..
Selepas hari pertama tahlil,anaknya nampak keilibat arwah datang..Jelas dan semuanya terkejut.Mengikut faham orang melayu atau orang-orang tua..Itu roh arwah..Selama tiga hari dia akan datang..Aku pun tak pasti tentang kepercayaan sebegitu.Sebab bagi aku Roh kalau dah balik,dia baliklah...itu agreement dia dengan Tuhan.Jadi selepas tiga hari pun masih lagi kelibat arwah datang..Kadang anaknya nampak dia sedang duduk dimeja makanlah,didepan rumahlah,jadi benda yang begini dah jadi satu mimpi ngeri pulak pada anak-anak dia..Sampai kan demam panas..Bila dah jadi begitu..Berjumpalah isteri si arwah dengan Ustaz(bomoh) untuk menilik apa sebenarnya yang berlaku..Betulkah itu Roh si arwah yang balik atau?

Jadi si Ustaz ni(ustaz dengan bomoh ni maknanya sama je pada aku,ianya tak lebih pada kerjaya sebab kamu upah dia sembahyang hajatlah,semuanya kena duit,nak itu kena duit,nak buat ini kena duit)padahal benda ni amanah dari Tuhan untuk kamu menjalankan tanggungjawab kamu ,menolong antara sesama dengan nawaitu yang ikhlas terhadap sesama makhluk..Jadi ikut ikhlas hatilah berapa kita mahu kasi..Ha ha ha...Lama-lama bini si arwah dah naik fed-up sebab duit dah banyak habis,hasilnya gitu juga..Kelibat siarwah masih lagi berkeliaran dalam dan luar rumah..
Jadi setelah dua tiga orang Ustaz ditemui,conclusionnya pada mereka,yang datang tu bukannya roh siarwah..tapi penjaga rumahnya..Maknanya dia ada mengamalkan ajaran yang bertentangan dengan ugamalah diwaktu mudanya.Anak-anak dia terkejut bila dapat tahu..Jadi semuanya dah takut nak tinggal kat rumah tu..ha ha ha...dan bini siarwah pun akhirnya mengakulah yang siarwah masa mudanya memang ada menuntut ilmu salah..Niat dia mungkin ok sebab tujuannya untuk menjaga keluarga..tapi cara pelaksanaannya yang memberi kesan buruk pada keluarganya sendiri.Selebihnya adalah histori..

Itulah yang berlaku..Jadi itu sebab aku kata,kesan pada cerita semalam itu akan membawa sampai kehari ini,dan kamu tak boleh nak enyahkan dia juga sebab ianya akan menghantui hidup kamu kalau benda yang kamu buat itu salah..Cumanya ..kamu kena positiflah..kena menghadapi,jangan lari...hehe...

Qada dan qadar Tuhan itu sebahagian dari kepercayaan yang wajib sebagaimana termaktub dalam rukun iman.

Ahad, 29 Mac 2009

KEMISKINAN DAN KEKURANGAN BUKAN PENGHALANG MERAIH KEJAYAAN :

Satu hal yang menarik untuk dikongsi bersama di sini ialah tentang KEJAYAAN adik NIK NUR MADIHAH pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi (Perempuan) Kota Bharu yang mendapat keputusan CEMERLANG dan PELAJAR TERBAIK SPM 2008 yang diumumkan baru-baru ini dengan mendapat 20A. Apakah rahsia kejayaan beliau?
Kejayaan adik Nik Nur Madihah menarik perhatian semua pihak. Saya difahamkan ramai wartawan pergi ke rumah di Pengkalan Chepa, Kota Bharu untuk menemuramah beliau. Ekoran daripada itu, kalam ini juga terpanggil untuk berbicara tentang rahsia kejayaan beliau.
Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.
Bagi beliau, kemiskinan dan kekurangan bukan penghalang meraih kejayaan. Malah kemiskinan, kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan kedua ibu bapanya.
Beliau adalah anak sulung daripada empat adik beradik. Ayah dan ibu beliau bukannya orang berada. Ibu bekerja sebagai tukang sapu di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan ayahnya pula bekerja sebagai nelayan.
Apa yang menariknya, adik Nik Nur Madihah tidak menganggap dirinya genius, malah waktu belajarnya juga tidak menentu. Beliau juga tidak mengikuti kelas tambahan, belajar juga tak ada jadual. Tetapi kata beliau, “Saya belajar bila terasa nak belajar tanpa terpaksa atau dipaksa.” Itulah rahsia kejayaan beliau.
Hanya Pondok kecil yang menjadi tempat beliau sekeluarga berteduh daripada hujan dan panas. Rumahnya pula tak semewah rumah orang lain. Ayahnya menyewa dengan RM90 sebulan. Ruang untuk belajar juga adalah terhad. Malah tidak ada bilik khusus sebagai tempat beliau mentalaah pelajaran. Ruang tamulah menjadi tempat beliau mengulangkaji pelajaran setiap hari.
Anak sulung daripada empat beradik dari Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa ini bercita-cita meneruskan pengajian ke Timur Tengah dengan mendalami ilmu fizik. Moga-moga Allah SWT mempermudahkan segala urusan beliau.
Justeru itu, jadilah kejayaan adik Nik Nur Madihah pada hari ini sebagai dorongan untuk anda untuk memulakan langkah pertama untuk meraih kejayaan pada hari esok. Jangan jadikan kemiskinan, kesukaran dan kekurangan diri dan keluarga menjadi alasan dan penghalang untuk anda mencipta kejayaan. KALAU ORANG LAIN BOLEH BERJAYA, KENAPA ANDA TAK BOLEH ? Tanyalah diri anda pasti anda mengetahui jawapannya.

Khamis, 12 Mac 2009

Sunnatullah

Kita sebagai makhluk yang dijadikan oleh ALLAH mesti senantiasa memerhatikan Sunnatullah atau peraturan ALLAH ini kerana Sunnatullah itulah yang menjadi panduan hidup kita. Ertinya, kalau sudah ALLAH Sunnahkan yang satu-satu kejadian itu akan terjadi sedemikian rupa, maka itulah yang mesti kita ikuti. Dan Allah tidak sekali-kali akan menukar peraturannya itu. Bererti, kalau kita mengikut jalan-jalan selain daripada yang disunnahkan, maka akibatnya bukanlah sepertimana yang ALLAH kehendaki berlaku.Firman ALLAH :
Terjemahannya: Kamu tidak akan mendapati yang Sunnatullah itu bertukar ganti.(Al Ahzab: 62)Dan di dalam ayat lain ALLAH berfirman:
Terjemahannya: Sekali-kali kamu tidak akan mendapati yang Sunnatullah itu berubah-ubah.(Al Fatir: 43)Artinya, kalau memang sudah ALLAH tetapkan satu-satu peraturan itu akan berlaku sedemikian rupa, seperti tiap-tiap sebab itu membawa akibat, maka peraturan itu tetap tidak akan berubah. Misalnya, perkahwinanlah yang mengakibatkan adanya zuriat, atau makanlah yang mengakibatkan kenyang, atau belajar bersungguh-sungguhlah yang mengakibatkan pandai. Maka peraturan itu tetap akan terjadi demikian karena memang ALLAH yang menghendaki terjadinya demikian. Tidak ada siapa yang bisa mengubah peraturan itu.