Khamis, 10 September 2009

YAHOO PERIKSA DAH HABIS !!!

Apakah rancangan selepas ini....Ke Asrama Atau Tidak?

Para ibu bapa dan anak mereka seharusnya berbincang untuk meneliti kemungkinan dan membuat keputusan dalam hal ini. Ini untuk mengelakkan daripada terjadinya ketidaksediaan remaja untuk ke sekolah berasrama.

Apabila ini terjadi, psikologi anak-anak yang masih muda ini akan terganggu. Lebih parah lagi sekiranya ia menjejaskan prestasi pembelajaran mereka. Dalam hal ini, mungkin ibu bapa boleh mempertimbangkan sama ada menghantar anak mereka ke sekolah berasrama semasa Tingkatan 1 atau Tingkatan 4.

Terdapat ibu bapa yang berpendapat bahawa umur 12-13 tahun adalah terlalu muda untuk ke sekolah berasrama kerana mereka belum matang dalam membuat keputusan dan untuk menyesuaikan diri dengan cabaran di persekitaran baru.

Menghantar anak-anak ke asrama seharusnya diiringi dengan kesediaan ibu bapa dan remaja itu sendiri. Ibu bapa harus meneliti akan watak dan keterampilan anak mereka dan juga sekolah terbabit. Kebanyakan ibu bapa pasti mempunyai hujah yang kuat untuk menghantar anak mereka ke asrama, iaitu untuk mendapatkan pendidikan terbaik dan juga sebagai langkah untuk menerapkan disiplin dalam diri anak mereka supaya cara hidup lebih teratur.

Namun di sebalik itu, ia bergantung kepada anak itu sendiri yang akan menentukan kaedah pembelajaran dan budaya seharian. Apa gunanya di sekolah berdisiplin tetapi apabila berada di rumah, mereka tidak dapat mengikuti disiplin tersebut?

1 ulasan:

Cikgu Zailani berkata...

Cikgu...
Bila periksa dah habis hati cikgu pun dah tenang,
pergi sekolah berlenggang,
Kehadiran Murid pun jarang-jarang,
adakah ini yang diharapkan.........