Kini musim cuti sekolah menjelma lagi.Kegembiraan tergambar diwajah anak-anak kita dan tanggungjawab untuk mengurus percutian mereka pula mencabar kebijaksanaan kita sebagai ibu bapa.
Masa cuti sekolah ini perlulah dilihat dari dua perspektif:
1-Untuk memberi peluang kepada anak-anak berehat sebentar dan menikmati aktiviti yang mereka gemari Sebelum memulakan sesi persekolahan yang baru.
2- Untuk kita mengisi masa anak-anak dengan pendidikan dan pembangunan keperibadian muslim yang sejati.
Pengimbangan antara kedua perspektif ini perlulah dilakukan secara hikmah dan menyeronokkan mereka sebagai kanak-kanak atau remaja,sudah tentu terdapat banyak aktiviti yang menyeronokkan mereka, namun kita sebagai ibu bapa yang lebih matang dari mereka, perlulah membimbing dan menyusunnya dengan baik, agar ia tidak dipenuhi dengan unsur-unsur yang ganas dan menyalahi nilai-nilai akhlak yang mulia. Membiarkan mereka memenuhi kehendak keremajaan akan membawa kearah natijah yang tidak berfaedah.Sebagai ibu bapa yang tentunya lebih matang dari anak-anak,kita perlulah membimbing mereka untuk menikmati aktiviti yang mereka gemari,agar cuti persekolahan ini tidak hanya dipenuhi dengan bermain-main sahaja, walaupun itulah yang disukai oleh kebanyakan kanak-kanak atau remaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan